Breaking News

Perkhemahan Pengakap Daerah Pasir Puteh.(Peraja)

Perkhemahan Pengakap Daerah Pasir Puteh, Kelantan telah di adakan di Taman Rehlah, Pasir Puteh bermula dari 19 hb.Mei hingga 22 hb.Mei 2010. Seramai 15 orang ahli pengakap SK Kampong Berangan telah menyertai perkhemahan tersebut. En.Osman bin Mohamed dan En.Zamri bin Mohamad telah dilantik sebagai guru pengiring, manakala guru lain pula akan bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Semua peserta telahpun diajar bagaimana hendak berkawat, memasak, membuat gajet dan menyanyi lagu  nasyid. Murid-murid yang terlibat begitu seronok sekali kerana terpilih untuk menyertai perkhemahan pada kali ini.

No comments