Breaking News

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1431H/2010M

      Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari Rabu 10 Mac 2010 dengan begitu meriah  sekali. Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi dan diikuti perarakan menuju ke Masjid Kampong Berangan. Cuaca pagi itu agak panas tetapi semua warga SKKB dapat menghabiskan perarakan dengan rasa gembira sambil berselawat.
     Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah "Memantapkan ukhuwah, memperkasakan ummah". Bermaksud supaya semua ummah bersatu dan merapatkan silaturahim antara satu sama lain.Pada majlis tersebut satu ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Aziz diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah yang dipimpin oleh Pn.Siti Roslina dan Pn. Hasnoma.
    Semua murid dan guru telah dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari di kantin sekolah selepas semua acara di dewan selesai .Majlis pada hari tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran beberapa orang pegawai dari PPD Pasir Puteh dan AJK PIBG SKKB.



    

No comments