Breaking News

TEKNIK PENGINTERGRASIAN VIDEO

Antara jenis teknik penggunaan video yang boleh digunakan oleh guru:
  1. Pemahaman Mendengar (Cloze/Listening Comprehension)
  2. Tayangan Senyap (Silent Viewing)
  3. Tayangan Bersilang (Jingsaw Viewing)
  4. Tayangan Bersilang Dengan Komentar (Jigsaw Viewing With Commentary)
  5. Pencarian Harta Karun (Video Treasure Hunt)
  6. Ramalan (Prediction)
  7. Ramalan Awal (Reverse Prediction)
  8. Urutan (Sequencing)

  1. Pemahaman Mendengar (Cloze/Listening Comprehension) :
•          Murid diberi skrip pencerita dengan beberapa perkataan ditiadakan
•          Murid mengisi tempat kosong secara teliti
•          Alternatif, murid boleh diminta menjawab soalan kefahaman

  1. Tayangan Senyap (Silent Viewing)
•          Audio ditutup, murid hanya menonton visual yang ditayangkan pada skrin
•          Biarkan murid meneka apa yang diperkatakan

  1. Tayangan Bersilang (Jigsaw Viewing)
•          Murid membelakangi antara satu sama lain
•          Seorang menghadap skrin TV pasangannya menghadap ke arah sebaliknya
•          Soalan akan ditanya kepada murid yang membelakangi TV untuk memperoleh maklumat dari rakannya
•          Murid yang menonton perlu memberi jawapan yang diperlukan

  1. Tayangan Bersilang Dengan Komentar (Jigsaw Viewing with Commentary)
•          Secara berpasangan murid membelakangi satu sama lain
•          Guru tayangkan video dengan audio ditutup
•          Murid yang menghadap skrin TV beri komentar secara langsung
•          Pasangannya digalakan untuk bertanya soalan

  1. Pencarian Harta Karun (Video Treasure Hunt)
•          Warna pada skrin TV digelapkan
•          Hanya perbualan dan kesan bunyi didengari
•          Murid cuba menerangkan bunyi yang dihasilkan

  1. Ramalan (Prediction)
•          Melibatkan apa akan berlaku sebelum atau seterusnya
•          Aktiviti ini perlukan murid meramal sekuen video yang diberhentikan secara tiba-tiba
•          Video sebenar akan dimainkan

  1. Ramalan Awal(Reverse Prediction)
•          Murid ditunjuk bahagian akhir atau penamat
•          Murid beri penerangan secara lisan atau bertulis
•          Kemudian murid sembahkan versi mereka

  1. Urutan (Sequencing)
•          Murid diberi skrip video yang dicampur-adukkan
•          Susun skrip dalam urutan yang betul
•          Melibatkan seorang narator
•          Murid kemudian bincangkan sekuen sebenarnya 

1 comment:

  1. Kepada semua guru SKKB diharap dapat membaca bahan yang baru diperolehi dari BTPN Kelantan dan cuba mempraktikkannya.

    ReplyDelete