Breaking News

Bermulanya Sesi Persekolahan Tahun 2012

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi sekolah-sekolah di Kelantan. Sekolah kami memulakan aktiviti pertama dengan perhimpunan pagi. Selepas itu diadakan pula Solat Hajat dan diteruskan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Pegawai dari PPD Pasir Puteh iaitu En.Mohd Azmi bin Mohd Zain  telah datang ke sekolah untuk pemantauan awal tahun. Nampaknya seorang guru dari sekolah kami masih tidak sihat dan tidak dapat hadir ke sekolah iaitu En Mohd Zawawi bin Omar yang mengalami penyakit di dalam perut. Pihak sekolah mendoakan semoga cikgu Zawawi cepat sembuh dan sihat seperti sediakala, Insyallah.

No comments