TEKNIK PENGINTERGRASIAN VIDEO
Antara jenis teknik penggunaan video yang boleh digunakan oleh guru:
- Pemahaman Mendengar (Cloze/Listening Comprehension)
- Tayangan Senyap (Silent Viewing)
- Tayangan Bersilang (Jingsaw Viewing)
- Tayangan Bersilang Dengan Komentar (Jigsaw Viewing With Commentary)
- Pencarian Harta Karun (Video Treasure Hunt)
- Ramalan (Prediction)
- Ramalan Awal (Reverse Prediction)
- Urutan (Sequencing)
- Pemahaman Mendengar (Cloze/Listening Comprehension) :
• Murid diberi skrip pencerita dengan beberapa perkataan ditiadakan
• Murid mengisi tempat kosong secara teliti
• Alternatif, murid boleh diminta menjawab soalan kefahaman
- Tayangan Senyap (Silent Viewing)
• Audio ditutup, murid hanya menonton visual yang ditayangkan pada skrin
• Biarkan murid meneka apa yang diperkatakan
- Tayangan Bersilang (Jigsaw Viewing)
• Murid membelakangi antara satu sama lain
• Seorang menghadap skrin TV pasangannya menghadap ke arah sebaliknya
• Soalan akan ditanya kepada murid yang membelakangi TV untuk memperoleh maklumat dari rakannya
• Murid yang menonton perlu memberi jawapan yang diperlukan
- Tayangan Bersilang Dengan Komentar (Jigsaw Viewing with Commentary)
• Secara berpasangan murid membelakangi satu sama lain
• Guru tayangkan video dengan audio ditutup
• Murid yang menghadap skrin TV beri komentar secara langsung
• Pasangannya digalakan untuk bertanya soalan
- Pencarian Harta Karun (Video Treasure Hunt)
• Warna pada skrin TV digelapkan
• Hanya perbualan dan kesan bunyi didengari
• Murid cuba menerangkan bunyi yang dihasilkan
- Ramalan (Prediction)
• Melibatkan apa akan berlaku sebelum atau seterusnya
• Aktiviti ini perlukan murid meramal sekuen video yang diberhentikan secara tiba-tiba
• Video sebenar akan dimainkan
- Ramalan Awal(Reverse Prediction)
• Murid ditunjuk bahagian akhir atau penamat
• Murid beri penerangan secara lisan atau bertulis
• Kemudian murid sembahkan versi mereka
- Urutan (Sequencing)
• Murid diberi skrip video yang dicampur-adukkan
• Susun skrip dalam urutan yang betul
• Melibatkan seorang narator
• Murid kemudian bincangkan sekuen sebenarnya
Kepada semua guru SKKB diharap dapat membaca bahan yang baru diperolehi dari BTPN Kelantan dan cuba mempraktikkannya.
ReplyDelete