SK KAMPONG BERANGAN, PASIR PUTEH,KELANTAN
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di MalaysiaAdalah Suatu Usaha Yang Berterusan Ke Arah Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Yang Harmonis Dan Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani Berdasarkan kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan.Usaha Ini Adalah Bagi Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketrampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan kemakmuran Masyarakat Dan Negara.
TERAS PERKHIDMATAN SKKB
Ø BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN
Ø BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
Ø BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI
Ø BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBAH DAN KEMESRAAN
Ø BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PEMBANGUNAN NEGARA
Ø BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH-MUSUH NEGARA
Ø BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA
PROFIL
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BERANGAN
1. Latar Belakang SKKB
Pada tahun 1948 satu mesyuarat penubuhan sekolah diadakan di rumah Wan Salleh b. Wan Hussin iaitu Pengerusi Pertubuhan Sukarela di Kampong Berangan dengan dihadiri oleh :
1. Wan Leh b. Wan Isa
[Penghulu Kampong Berangan].
2. Haji Ibrahim b. Haji Ali
[Imam Surau Kampong Berangan].
3. Semua ahli jawatankuasa Pemuda Setia
Kampong Berangan.
4. Sebahagian penduduk Kampong
Berangan.
Dengan persetujuan semua pihak dan kebenaran Tuan Imam Kampong Berangan, maka lahirlah sebuah sekolah sementara di surau Kampong Berangan dengan murid seramai 30 orang dan seorang tenaga pengajar iaitu En. Nik Muhamad b. Nik Isa
[ Setiausaha pertubuhan itu] sebagai guru).
Pada bulan Januari 1949, dengan persetujuan Penghulu Kampong Berangan telah membenarkan bangunan dibuat bersambung dengan serambi rumahnya. Penduduk kampung bergotong –royong untuk membina bangunan tersebut dengan keluasan 40 kaki x 20 kaki persegi yang boleh dijadikan dua bilik darjah. Bangunan ini beratapkan nipah, berdinding buluh dan bertiangkan batang nibung. Segala perbelanjaan adalah sumbangan ibubapa pelajar dan juga penduduk kampung yang agak berada. Sumbangan adalah berupa wang dan bahan – bahan untuk binaan .
Pada awal Februari 1949 , murid – murid yang belajar di surau mula berpindah ke bangunan tersebut. Murid - murid mula bertambah hingga 60 orang. Dengan persetujuan ramai guru lain telah dilantik untuk menampung kekurangan di sekolah itu iaitu Encik Wan Mohd Salleh b. Wan Hussin [ Pengerusi Pertubuhan Pemuda Setia ] dan Encik Nik Muhamad Isa sebagai Guru Besar.Sekolah ini dinamakan ‘Sekolah Rakyat Kampong Berangan’. Selepas itu berubah kepada ‘ Sekolah Melayu Kampong Berangan ’. Kemudian berubah pula mengikut sistem pelajaran iaitu Sekolah Umum Kampong Berangan dan akhirnya menjadi Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan hingga ke hari ini.
Pada tahun 1950, sekolah ini memohon didaftar kepada Pejabat Pelajaran Kelantan tetapi tidak diluluskan kerana bersambung dengan serambi rumah.
3 MISI SKKB
Untuk memberi perkhidmatan kepada genarasi muda melalui pengurusan pendidikan berkualiti bagi melahirkan generasi seimbang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
Analisi Misi
Tujuan atau sebab organisasi ditubuhkan ?
* Untuk memberikan pendidikan
Kepada siapa perkhidmatan diberikan?
* Generasi muda
Apakah hasil akhi yang diingini?
* Generasi seimbang
Bagaimana dilaksanakan?
* Melalui pengurusan berkualiti
Apakah nilai-nilai asas sebagai pegangan?
* Falsafah Pendidikan Negara
Adakah ianya ringkas dan mudah diingati/difahami?
· Ya
4. VISI SKKB
Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan akan mencapai tahap kegemilangan dalam semua aspek kependidikan melalui Falsafah Pendidikan Negara menjelang 2010
5. PIAGAM PELANGGAN SKKB
Kami Warga Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan bersedia memberikan perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan :-
- Sentiasa meningkatkan kecemerlangan secara berterusan dan konsisten dalam segala bentuk penilaian.
- Melahirkan individu berilmu, berkemahiran dan bertatasusila.
- Melahirkan individu berdisiplin, cerdas dan cergas.
- Menjadi institusi maklumat selaras dengan konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
- Mewujudkan persekitaran yang harmoni serta tenteram berasaskan kemudahan yang sesuai dengan murid.
- Bekerjasama dengan masyarakat sekitar untuk kebaikan bersama.
M0T0 SKKB
SENTIASA CEMERLANG
Falsafah pemufakatan yang menjadi tunjang kekuatan bangsa Melayu terutamanya masyarakat kampung tradisional telah jelas mendatangkan manfaat yang besar kepada asyarakat setempat sejak penubuhan sekolah ini dan seterusnya berkembang maju sehingga ke hari ini.
- Satu keberkatan hasil daripada kesepaduan pendapat dan harsat penduduk setempat.
IKRAR GURU
BAHAWASANYA KAMI GURU NEGARA MALAYSIA DENGAN INI BERIKRAR
~ MENDUKUNG TERUS CITA – CITA KAMI TERHADAP TUGAS KAMI DAN MENYATAKAN KEYAKINAN KAMI PADA CITA – CITA MURNI PEKERJAAN KAMI.
~ KAMI SEDIA BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA KAMI.
~ KAMI SENTIASA MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN NEGARA KAMI DAN MENGAMALKAN PRINSIP – PRINSIP RUKUN NEGARA PADA SETIAP MASA.
MATLAMAT SEKOLAH
Secara Am, Pendidikan Sekolah Rendah Bertujuan Untuk Membolehkan Murid :
~ Mengusai Kemahiran Asas.
~ Menguasai Kemahiran Berfikir.
~ Memperoleh Ilmu Pengetahuan.
~ Menghayati Dan Mengamalkan Nilail Murni.
~ Menbentuk Sahsiah Positif.
~ Membina Kemahiran Social.
~ Memupuk Semangat Kewarganegaraan
~ Menanam Rasa Cinta Akan Alam Sekitar.
~ Memupuk Serta Meningkatkan Kreativiti Dan Bakat.
~ Menyedari Tentang Kepentingan Kesihatan Dan Kecerdasan.
~ Menyedari Tentang Kepentingan Sains Dan Teknologi.
MATLAMAT KHAS SEKOLAH.
1. Meningkatkan Bilangan Pencapaian Kecemerlangan Murid Lima “ A “ Dalam UPSR.
2. Meningkatkan Peratus Bilangan Murid Yang Lulus Dalam UPSR.
3. Membasmi Kadar Murid – Murid Yang Tidak Dapat Mengusai Kemahiran Membaca , Menulis Dan Mengira.
4. Melahirkan Pelajar Yang Bertaqwa.
LENCANA SEKOLAH
Warna kuning
Melambangkan kesetiaan kepada Raja yang berdaulat dan Negara yang tercinta.
Warna hijau (Obor)
Melambangkan ketaatan kepada Allah, kebersihan, kesucain, keikhlasan dan
kejujuran dalam segala aspek.
Warna merah
Melambangkan keberanian, kegagahan dan ketabahan hati dalam melaksanakan
sesuatu tugas.
Warna biru
Melambangkan ikatan perpaduan yang erat, persefahaman dan harmoni.
2. Penjelasan lambang
2.1 Buku Biru di tengah lencana
Sebagai sumber ilmu pengetahuan untuk menuju
kejayaan dalam kehidupan.
2.2 Obor
Penyuluh semangat mara ke hadapan bagi menuju ke arah kecemerlangan.
2.3 Ungkapan
SENTIASA CEMERLANG
Bendera SKKB
KETERANGAN LAMBANG-LAMBANG PADA BENDERA SK.KAMPONG BERANGAN
Bendera Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan mengandungi satu warna iaitu warna merah bendera Malaysia. Namun begitu warna tersebut membawa maksud tersendiri iaitu:
a – Melambangkan intelektual warga sekolah
b - Semangat mengejar kecemerlangan dalam semua bidang.
c- Melambangkan keharmonian semua warga sekolah.
12. LAGU SEKOLAH
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh kita berikrar
Bersama kita menuntut ilmu
Dengan satu wawasan
Sedarilah kita semua
Ilmu penyuluh hidup
Setelah berilmu
Taburkan jasa
Untuk agama dan negara
Di Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan
Kita rajin berusaha
Agar kita berjaya
Taat bersyukur pada Tuhan
Jadi insan beriman
Di bidang akademik
Dan kokurikulum
Aturkan langkah dengan yakin
Berkat tawakal doa dan usaha
Moga kita berjaya 2X

No comments